PeNgIkUt sEtIa sAyA

Sunday 13 November 2011

ReNuNgAn bErSAmA



Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI..
Bila jadi baik, ORANG MELUAT..

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM..
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata
"ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA..
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN..

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS..
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR..

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'..
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free..

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."..

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"..
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :

Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia...~

> renung - renungkanlah <

Wednesday 26 October 2011

apabila seorang lelaki bercinta..? ~



# pabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.

# Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.

# Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.

# Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.

# Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok". 

# Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.

# Lelaki benci gay!

# Lelaki sayangkan ibu mereka.

# Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.

# Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.

# Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.

# Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.

# Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.

# Perempuan adalah kelemahan lelaki.

# Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

# Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.

# Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.

# Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.

# Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.

# Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.

# Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ... 

# Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.

# Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.

# Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.

# Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.

# Lelaki boleh berbual tentang apa pun.

# Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.

# Lelaki berfikir terlalu banyak.

# Fantasi lelaki tidak terbatas.

# Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.

# Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu. 

# Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.

# Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.

# Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.

# Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.

# Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.

# Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah. 

# Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.

# Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.

# Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.

# Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya" 

# Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.

# Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.

# Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!

# Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.

# Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.

# Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.

# Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki 

# Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.

# Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up

# Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta.

# Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! ... ... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia

# Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.

# Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!

# Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.

# Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut. :)

# Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.

# Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.

# Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.

# Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.

# Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.

# Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.

# Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.

# Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.

# Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.

# Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.

# Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.

# Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.

# Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.

# Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.

# Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!

# Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.

# Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.

# Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.

# Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.

# Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!'

# Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.

# Lelaki benci perempuan yang gedik.

Thursday 13 October 2011

iStErI SoLeHaH~





´Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi´

"Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Di
a memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

´Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

´Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

´Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
´Kak Aliyah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.
´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´
´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Asraf Mukmin.
´Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

brsttt brsttt ... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,´

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...

abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putra
mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Aliyah sayangkan
abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

Monday 3 October 2011

~6 PeTaNdA LeLaKi sUkA pAdA SeSeOrAnG ~



anda merasai perasaan ini, anda meminati seseorang dalam diam. Hati anda ingin mendekatinya namun malu. Asal dapat memandang dari jauh sudah memadai. Tentu ada di kalangan kita pernah merasai perasaan ini tetapi bagaimana pula pihak satu lagi, adakah dia juga meminati anda? Cuba lihat artikel di bawah.
1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.

2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.
3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.
4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.
5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.
6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya

Thursday 22 September 2011

haikal dan nur (siri 3)







































Sesudah puas melayari Facebook dan blog kegemarannya itu, Haikal bersiap untuk menunaikan solat Zuhur. Di sarungkan kain pelikat, dilumur sedikit perfume One Drop dan dibentangnya sejadah..


“Hmm.. Wanginya wehh.. Boleh jadi model minyak wangi nih..“ Bebel Haikal sendirian sebelum mengangkat takbiratul ihram...  


“Allahuakbar ... “ Haikal memulakan solat.. Dalam hatinya kini hanya ada satu cinta.. Iaitu cinta pada yang Maha Pencipta.. Yang memberikannya peluang untuk terus merasai erti kehidupan..


Sesudah bersolat, Haikal bergegas ke ruang tamu.. Ibu dan adiknya tiada.. Mungkin mereka di dapur, getus Haikal .. Lalu, dia mencapai kunci kereta Proton Tiara milik Arwah ayahnya dan berjalan menuju keluar..


Haikal terus menghidupkan enjin kereta yang agak berusia itu. Ditutupnya pintu dan diundur nya dari kawasan rumahnya perlahan lahan.. Takut anak jiran sebelah menyebelah terkejut dengan bunyi eksoz kereta itu yang sedikit kuat ..


Haikal terus memandu merentasi sekolah, kedai kedai, tanah luas, dan sesekali itu juga Haikal memandang ke langit. Dilihatnya awan awan kecil sedang berarak.. Tersenyum dia sendiri..


“ Awan.. Awan.. Awan.. Macam Awan Dania la hang nih, cun, cantik dan comel.. “ Kata Haikal.. Haikal memang meminati drama Awan Dania lakonan Scha di Astro ..


Kemudian Haikal pun sampai la di Stesen Minyak Shell yang jaraknya kira kira 500 meter dari rumahnya.. Haikal mematikan enjin dan mula ke kaunter..


“ Kak, pam enam sepuluh ye kak.. “ tutur Haikal sambil menghulurkan not berwarna merah kepada wanita bergincu ungu yang sedang menjaga kaunter itu..


“ Ok bang.. “ Balas wanita itu kepada Haikal sambil sesekali mengenyitkan matanya pada Haikal.


“ Errr.. Terima kasih kak.. “ Jawab Haikal lembut sambil cuba menepis kenyitan yang dilakukan oleh wanita itu. Risau jugak Haikal dengan kenyitan yang seakan akan lain macam tu..


Setibanya kembali di kereta, minyak keretanya telah diisi oleh pekerja asing yang bekerja di situ. Setelah Haikal memberikan ucapan terima kasih kepada pekerja itu, dia terus masuk ke dalam kenderaan kesayangan nya itu dan menghidupkan enjin.


Sedang Haikal ingin membelok keluar dari stesen Shell itu , tiba tiba Haikal ternampak  susuk tubuh wanita seusia dengan ibunya sedang cuba mengisi angin kenderaan nya. Wanita itu nampak seperti dalam kebingungan. Mungkin dia tidak tahu bagaimana hendak mengisi angin didalam tayar kenderaan nya..


“ Hmm.. Kesiannya makcik tu.. Baik aku pi tolong.. Bukan lama pon.. Sat ja. “ bebel Haikal sendirian.. Haikal berasa tidak sampai hati melihat wanita yang seusia dengan ibunya berdiri di tengah tengah panas untuk mengisi angin tayar. Hatinya berasa sayu..


Setelah Haikal meletakkan kenderaan kesayangannya berhampiran dengan kenderaan makcik tu, dia terus keluar dari kereta dan menyapa makcik itu..


“ Makcik, boleh saya tolong makcik ?” Haikal menegur wanita itu dengan lembut.


“ Eh.. Untungla anak ni ada, makcik memang tak pandai pam pam tayar ni nak..” Terdapat sinar keseronokan yang terpampang di riak wajah makcik itu..


 Jap eh, biar saya tolong makcik, nak pam belah mana nih? “ sambil membuka pintu kereta Rexton makcik itu dan menyuruhnya duduk didalam bagi mengelakkan kepanasan ..


“ Makcik nak pam yang depan je, belah kanan tu.. Terima kasihlah nak oi.. “ Ucap makcik itu yang dari tadi sibuk mengipas ngipas dirinya dengan tangan..


Haikal pun memulakan pengepaman..


“Titt tittt.. “ Bunyi pam elektronik itu menandakan angin sudah penuh..


Haikal mencabut perlahan pam itu dan melilit kembali pada tempatnya. Lalu dia pun bergegas berjumpa 
makcik itu..


“ Makcik, dah siap dah.. Tayar makcik dah okeh dah .. “ tutur Haikal sambil mengelap peluh yang bermain main di dahinya..


“ Ye ke nak? Terima kasih lah.. Nih makcik ada  nak bagi duit buat minum petang.. Ambik la nak, Makcik sedekah..   Ucap makcik itu sambil menghulurkan not kertas berwarna biru tertera jumlah RM50 ..

“ Eh, takpe lah makcik.. Saya ikhlas ni.. Lagipun saya baru je minum milo cecah dengan biskut marie kat rumah tadi.. Kenyang lagi nih.. Tak yah la ye .” Jawab Haikal ...Bagi Haikal, apa yang dia buat tu ikhlas.. Tak mengharapkan apa apa balasan pun..


“Ermm.. Okeh la nak.. Kalau camtu, Makcik beransur dulu ye.. Ni kad Makcik, Kalau ada apa apa, bagitau je makcik.. Anak ni nama apa “ Ucap makcik itu sambil menghulurkan kad bisnesnya..


Haikal pun mengambil kad tersebut.. Sambil itu, dia menjawab pertanyaan makcik itu..


“ Saya Haikal Daniel Irfan makcik.. Orang panggil saya Haikal je..  Makcik ? “ tanya Haikal sambil tangannya masih lagi mengelap peluh yang makin meleleh ..


“ Panggil je makcik , Mak Wa ..” Jawab Makwa sambil tersenyum melihat keletah anak muda didepannya.. Senyuman yang sukar di jelaskan menerusi kata kata..


Lalu, Makwa pun beredar dari situ dan Haikal pun memulakan perjalanan pulang..




Bersambung ...