PeNgIkUt sEtIa sAyA

Sunday 30 September 2012

pUiTiS Si cInTa


Aku hanya insan biasa...
Aku tidak punya apa...
Aku hanya hamba-Nya...
Aku tidak terlepas melukakan kesilapan..
Aku tidak terlepas dari kesepian...
Kerna kehilangan insan tersayang...
Cinta suci kubawa mati
Cinta suci sejati dihati
Bersama menjadi rahsia
Dua insan satu hati satu jiwa
Menjalinkan hubungan kasih sayang
Cinta insan yang terlarang
Perjanjian memisahkanku dengannya
Kuterima dengan hati rela
Cinta kami kekal dihati
Hingga hujung nyawa selamanya
Hanya takdir menentu segalanya
Adakah aku dan dia
Akan bersua dan bersama kembali
Biar merana biar terseksa
Akan kunantikan dirimu
Kerna aku benar menyintaimu
Janji diikat pasti menjadi hakikat
Hanya maut menenggelamkannya.

iZiNkAn SaYa bErZiNa DeNgAn AnAk PaKcIk


Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.



#Matlamat xpernah menghalalkan cara

Saturday 29 September 2012

DoAKu uNtUkMu SaYaNg


spend life wif the people who make u happy.. not the people who u have to impress 

CiRi-CiRi WnItA PiLiHaN LeLaKi


Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2.Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4.Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5.Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6.Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7.Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8.Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9.Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10.Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

11.Lelaki juga akan menangis.

12.Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

13.Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

14.Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

15.Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

16.Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’

17.Lelaki amat sayang ibu mereka.

18.Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

19.Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.

20.Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

21.Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

22.Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

23.Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.

24.Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

25.Lelaki lebih banyak berfikir.

26.Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

27.Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

28.Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

29.Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

30.Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

31.Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.

32.Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
J
33.angan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

34.Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

35.Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

36.Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

37.Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

SoRrY FoR sOmEoNe


Sy ada seorg kawan lama...dye satu sekolah dgn sy dulu...
orgnya happy go luckey, cute, sporting, carring, loving & banyak lagi lah....
disebab kan sikapnya mcm tu..ramai llaki2 yg hensem2 dye dpt..mst ramai yg cemburu kn..
even sy pon jeles sbb sy takpernah dpt gf yg cun melecun giler...tp manis tuh ada laa..ehehe

dipendekan cerita, kami contact semula sejak 2menjak nieh...seronok bila borak dgn dye...
ada je cerita,dri zaman jepun smpai lah zaman melenium sume ada...
sikap sy yg selamber boleh je layn pale sape2...
terima kasih sgt sbb dye rajin call sy disaat kebosanan melanda...

sy suka sgt kwan dgn dye, dye caring habes....
so x hairanlah llaki hensem2 lekat dgn dye...
hidup sy memg ceria sejak 2menjak nieh...sy harap sgt dye dapt jadi best frens sy..

seronok bila jadik single nieh..x de sp nk marah kalu layan sesape...
free for all....hehehe...sy nk kawan dgn semua org..sy x bersedia lgik nk buang status single...
harap semua org faham...tp np dye x nk paham??? 

mungkin salah sy sbb terlalu layan dye...tp sy x bermaksud nk kecewakn dye..sorry sgt2 kpd dye...jgn lah 

disebabkn sy tak terima awk, awk menjauhkn diri...sy bukan x suka awk..tp terlalu awl untuk kta bercinta 

kn...sesi suai kenal x hbes lagik...


kpd si dya...jgnlah tcing lgik...awk akan dpt someone yg lebih baik dri sy yg x brp baik nieh...
sy sendri takut untuk memberi cinta kpd org mcm awk yg terlalu baik dimata sy..
sy malu dgn diri sy, disebabkan itulah sy x boleh nk terima awk...sy x layak untok awk.....


sesiapa yg benar2 iklas menerima sy bukan kerana rupa paras 
sahaja tp hati sy, sikap sy, telatah sy, kemahuan sy, iklas menerima sy seadanya & tidak 
membanding2kn dgn org lain, iklas menerima salasiah keluarga sy, iklas menerima segala-nya milik sy, 
sy juga akan iklas mencintainya smpai mati....


*Setiap pilihan yang kita buat ada baik buruknya tersendiri.. so jangan takut untuk mmbuat pilihan :)

Friday 28 September 2012

SeOraNg lElAkI eGo


Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa
kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri
sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk.
Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta
maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan
dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.




Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,
dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah
.Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin
tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang
sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-
kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma
 senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang
 boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah
senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”



Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah
tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai
 kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan
yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan
lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa
kasihan.






“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih
baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak
 jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan
perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan
yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”
tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.



Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku
 menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan
sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan
aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah
menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa
aku dan dia pergi.






Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di
kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang
 hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana
aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku.
Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada
 ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas
sayangkan aku.





Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor
kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya
menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu
ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh
benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik
dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak
tahu.






Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu
lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol
itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku
sebak membaca bait-bait dalam kad itu.








“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja
. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak
baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu
setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”









Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di
dalamnya tertulis,
“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”
Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat
 satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan
suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama
kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-
kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita
yang luhur.











Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya
berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal
 kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan
mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati
 aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk
tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelinganya,









“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada
awak. Saya minta maaf,”
pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.
“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya
mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.






Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah
mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan
dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku
bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan
ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana
terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku
uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.








Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi
pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku
senyum sendiri. Bahagianya aku.








“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu
pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni
khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak
makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya?
Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu
memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.







Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia
sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir
juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.










“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim
salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku
suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai
sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan
lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu
terluka dengan aku.










“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-
apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia
tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.










Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang
 buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana
keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu
memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh
kerana aku!










Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa
khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya.
Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu
 menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata
sudah hampir dingin.










Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang
duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi
keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia
mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang
 juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku
tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa
ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.




Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma
suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang
mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.






Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah
pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama
dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca
botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.




Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku.
Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku.
Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu
dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu
biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya
aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala
marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia
merawat sendiri luka itu.




Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang
lain.

Monday 24 September 2012

MaNuSkRiP TerAkHiR


Kala senja itu, aku termenung sendirian mengenangkan nasib diri yang semakin jauh dari rahmat Tuhan. Segala dosa menerjah ruang fikiran. Namun, masih adakah ruang keampunan. Aku mengimbas segala kenangan bersama insan tersayang. Dari hari ke hari nikmat itu semakin berkurangan ku rasakan. 
Saat indah bersamanya, berombak kembali. Ku kenalinya semasa bertugas di Bumi Kenyalang. Belum lama tempoh aku bertugas di bumi bertuah itu, aku didatangi sekujur tubuh yang menarik perhatianku. Entah mengapa, sejak ku terpandang wajahnya, gelora hati ingin berkenalan dengannya semakin membara. Adakah aku telah jatuh cinta?
Indah nama bagai bunga seroja. Seayu wajahnya, begitu juga indah namanya. Hartini Mohd Desa, itulah sebaris nama yang kudengar dari merdu sebuah suara. Walau ia baru tiba dari semenanjung sepertiku, namun aku lebih awal darinya bertugas ditempat ini. Januari itu memautkan rasa hatiku untuk mengenalinya. Timbul seribunya persoalan dalam sanubariku. Adakah ia sudah berpunya? Adakah aku dapat mengenalinya? Adakah? Adakah? Seribu ungkapan berlegar di ruang fikiranku. Inginku kenali tetapi rasa malu menebal di sekeping hati.
Dari pandangan mata, tiada cacat celanya. Ku perhatikan tingkah lakunya, kuintai senyuman manis. Setiap kali ku melihat jelingan matanya, aku semakin tergoda. Setiap kali dia bersuara, pasti aku akan mencari dimana dia. Setiap pergerakan, setiap hembusan nafas, setiap keluhan, setiap perlakuannya aku ikuti. Kenapa aku jadi begini? Ya Allah apakah tanda aku meminati dan ingin menjalnkan hubungan dengan. 
Bulan berikutnya aku berusaha untuk mengenalinya. Bagai bulan jatuh keriba, aku ditugas untuk mengajar di sebelah petang juga untuk mengajar PJPK. Peluang untuk aku mengenalinya lebih rapat tiba akhirnya. Hari demi hari, masa demi masa aku semakin sering berjumpa dengannya. Ada harinya aku menegurnya bersama guru lain.
“Assalamaulaikum, ustazah”
“Waalaikumsalam, tak payah panggil ustazah le, buat malu je, panggil tinie je”
“soryy. Tinie dari kedah ye, awat tak bagi tau”
“Ye, mana Madi tau?”
“hehehehe... ada le”
“Ok. Tinie, saya ada kelas. Jumpa lagi”
“Ok, Madi. Jumpa lagi. Nice to meet you.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Itu langkah pertama aku hendak mengenalinya. Tapi aku masih segan untuk berbual dengannya. Dalam aku menumpukan perhatian mengajar di sebelah petang aku mengambil peluang ini untuk mengintainya dari jauh sama ada ke kelas untuk mengajar atau semasa dia berjalan pulang ke flat kediamannya. Pelajar-pelajar yang ku ajar sering bertanya apa yang aku lihat, bermacam-macam aku beri alasan kepada mereka. Tapi bagi mengelak dari mereka berkata macam-macam, aku sering belanja mereka gula-gula.
Ada kala semasa aku sering menegurnya di bilik guru. Tapi tidak sembang lama-lama. Hati ini ingin meluahkan perasaan kepadanya. Namun mulut dan lidahku kaku untuk berkata-kata. Setiap kali aku ingin berbicaranya, sering tidak terucap kata-kata yang ingin disampaikan. Inginku bisikan kata-kata yang lama terpendam dihati ini, namun kekakuan terjelma bila ia berada didepanku. Kupendamkan perasaan itu didalam hati ini, ingin ku mencari masa yang sesuai untukku madahkan kepadanya.
Ku sering bertanya khabarnya melalui sistem pesanan yang terdapat di sekolah aku dan dia mengajar. Adakalanya aku memberi gambaran yang aku menrinduinya. Adakah dia sedar apa yang aku lakukan itu semata-mata deminya.
“Awak buat apa hari nie, penat mengajar. Hehehe..... saya ganggu awak ke” Inilah antara pesanan yang ku untaikan buatnya. Setiap kali aku menghantar, dia sering membalasnya. Lama kelamaan kami semakin sering berbalas mesej. Tanpa pengetahuannya aku sudah mendapat maklumatnya. Aku bertekad untuk mengenalinya dengan lebih rapat. Aku sudah semakin suka kepadanya. Aku lebih terpikat padanya kerana perangainya lebih serupa dengan perangaiku. Yang lebih aku terpikat kami sering sefahaman dalam melakukan sesuatu. Tiada masalah kalau kami berbincang.
Suatu hari, di harijadinya aku menghantar ucapan melalui pesanan ringkas telefon (SMS). Aku mengucapkan selamat harijadi dan semoga dirinya dikurniakan rezeki dan umur yang panjang. Di terperanjat dengan mesejku itu, dia tidak tahu yang aku memiliki nombor telefonya dan mengetahui tentang peribadinya. Dia mengucap terima kasih kepadaku. Dia bertanya kepadaku kenapa aku amat baik kepadanya. Aku tersenyum sendirian bila dia bertanya begitu. Ingin saja aku meluahkan isi hatiku kepadanya.
Suatu hari aku mendapat tugas untuk menyediakan tanda nama untuk perbarisan Maulidur Rasul. Aku perlu pertolongan seseorang untuk menyelesaikan kerja ini. Aku menghantar mesej padanya untuk membantuku. Dia memberi persetujuan untuk membantuku. Tiba hari dan masanya yang dijanjikan kami bersama-sama membuat kerja tersebut. Hanya kami berdua. Ada masanya dia bercakap dengan ku. Setiap kata-katanya aku dengar teliti, tidak mahu aku melepaskan walau sebutir huruf. Adakalanya dia menggenakkanku, kami tertawa bersama. Aku terpesona dengan hilai ketawanya, ada sesuatu didalamnya memikat hatiku. Aku gembira bila bersamanya.
Hari demi hari, aku merindui untuk bersua dengannya sejak kami berdua bersama membuat kerja. Aku akhir memgambil keputusan untuk meluahkan isi hatiku kepadanya. Aku menyampaikannya melalu pesanan ringkas di telefonnya.
“Assalamualaikum tinie”
“Waalaikumsalam... ada apa awak hantar mesej malam-malam begini”
“Saya ada suatu hal nak tanya dan nak bagi tau kepada awak”
“hal apa? Penting ke?’
“Boleh saya tahu kenapa awak suka berkawan ngan saya dan apa perasaan awak pada saya? Saya nak beritahu awak, saya suka pada awak sejak awak mula datang ke sekolah ini. Awak telah menarik perhatian saya. Saya mula menaruh perasaan suka dan cinta pada awak. Tambah sejak saya tahu awak berperangai gila-gila seperti saya, saya lebih suka pada awak. Maaf kalau kata-kata saya ini mengejutkan awak dan juga maaf kerana mencari maklumat awak tanpa awak sedari”
“Tak, sebenarnya saya juga suka pada awak, awak seorang yang baik, seperti awak, saya juga ada perasaan sama seperti awak yang awak luahkan. Usaha awak mencari maklumat dan tekad awak untuk mengenali saya membuatkan saya suka pada awak. Tapi untuk pengetahuan awak saya dah bertunang, kenapa kita tak berkenalan sejak saya bertugas disini. Kalau tidak saya tak perlu, memendam perasaan seperti ini. Saya memang suka pada awak dan ingin bercinta serta mencurah kasih sayang saya pada awak. Tapi........”
“Tinie tak payah beritahu, saya tahu”
“Awak tak faham, sebenarnya saya lebih menyukai awak dari tunang saya. Jika saya tak bertunang dan tak akan berkahwin, awak pilihan utama hati saya. Saya benar-benar menyukai awak. Masa yang tak kena bila kita mula berkenalan. Kenapa kita tidak bertemu lebih awal?”
“Saya benar menyukai Tinie. Saya amat menyintai Tinie. Dalam diri saya hanya terukir nama dan wajah Tini saja. Harap Tinie dapat menerima cinta dan kasih sayang saya ini walau hanya sementara sahaja.”
“saya berharap kita dapat menghabiskan sisa-sisa yang tinggal untuk mencurah kasih sayang antara kita. Saya akan menjadi teman istimewa untuk awak selama sebulan.”
“Baiklah abang sayang, Tinie akan bersama abang setiap masa dan detik. Jika takdir dan jodoh ada, mungkin kita dapat bersama.”
“Baiklah ayang, sebenarnya cinta abang ini bukan sebulan ini sahaja, tapi cinta, kasih sayang, dan rindu ini adalah untuk ayang selamanya. Sehingga hujung nyawa abang. Mungkin tiada pengganti. Jika ditakdir kita berpisah, abang rela pergi dulu sebelum ayang.”
“Abang jangan cakap begitu, Tinie lebih rela mati dulu sebelum abang. Tinie tak sanggup kehilangan abang, walau pun seketika. Tinie ikhlas menyintai abang walau seketika.”
Sejak dari itu, kami sering berdua. Kemana sahaja kami pergi pasti seperti merpati dua sejoli. Walaupun ada mata memandang,kami tak ambil peduli tentang hal itu. Yang pasti hubungan antara kami semakin hari semakin mendalam. Semakin kasih sayang ku curahkan kepadanya membuatkan aku semakin cinta dan rindu kepadanya. Setiap kali bersua, pasti ada peristiwa manis berlaku antara kami berdua. Kami merahsiakannya dari orang ramai. Adakalanya kami seperti sepasang suami isterinya. Apabila aku bersamanya, diriku menjadi terlalu manja, sering aku merajuk kerana hanya mahu dia sering berada disisiku. 
Semakin masa berlalu, semakin aku merasa cintaku padanya makin kuat dan utuh. Walau seminit tak bersua dengannya, pasti aku akan menghantar mesej dan menelefonnya. Aku meluahkan rasa rinduku padanya, begitu juga dengan dirinya. Alangkah indahnya jika aku dapat mengenal lebih awal. 
“Assalamualaikum sayang. Selamat malam. Mimpikan Tinie. Moga happy selalu. Tinie doakan sayang rindukan Tinie sangat. Nanti asyik tersenyum aje. Muaaah....... sayang sangat kat abang.” SMS yang dihantar Tinie aku simpan selama-lamanya. Aku tahu aku menyintainya dan dia amat menyintaiku.
“Hai abang kenapa tersenyum manis seorang diri? Apa yang abang ingatkan tu?” Terungkai persoalan dari seorang lagi insan yang sentiasa berada dan berdampingan denganku. Adik angkatku, Lee Ling namanya. Dia banyak membantu semasa diriku mula datang kesini.
“Abang pernah bagi tau Lee Ling tentang seorang cikgu yang abang suka pada Lee 
Ling kan? Abang dan dia sedang bercinta dengannya walaupun dia tunangan orang.”
“Eh! Abang dah gila ke bercinta dengan tunangan orang. Abang ni betul ke tak? Sedar atau di alam fantasi. Kenapa abang jadi begini?”
“Abangkan mencintainya kerna di sefahaman dengan abang. Yang pasti perangai dia dan abang sama. Lee Ling taukan perangai abang gila-gila dan macam budak-budakkan? Macam tu le perangainya. Bertuah abang dapat memilikinya.”
“Terpulanglah pada abang, Lee Ling harap abang dapat tersenyum macam nie selalu. Tak seperti abang mula datang ke sini dulu. Sekarang Lee Ling dapat lihat abang banyak tersenyum. Semoga abang bahagia dengan Ustazah Hartini.”
“Insyaallah, Lee Ling. Abang harap dapat bersamanya walau ada sebarang rintangan. Tapi Lee Ling harus berjanji dengan abang, jangan beritahu pada sesiapa pun tentang hal ini. Dan rahsiakan tentang penyakit abang darinya. Hanya Lee Ling je yang tahu. Abang belum bersedia memberitahunya lagi. Abang nak dia bahagia bila berada bersamping abang, walau hanya sementara. Bukan sebulan seperti yang dinyatakannya, tapi selamanya. Namun maut telah menanti abang lebih awal. Lee Ling harus berjanji jangan bagi tau pada sesiapa pun. Macam mana dengan Lee Ling sejak peluk agama Islam nie? Apa nama baru Lee Ling dan perubahan dalam diri Lee Ling”
“Baiklah abang. Lee Ling janji. Lee Ling nak tengok abang bahagia sebelum abang pergi buat selamanya meninggalkan kami semua. Pasti ustazah akan terkejut nanti. Apa-apa pun Lee Ling akan berdoa agar umur abang akan dipanjangkan lagi. Abang telah banyak membantu dan beri bimbingan pada Lee Ling untuk menuju jalan yang betul dalam memeluk agama Islam ini. Baru Lee Ling fahami segalanya. Lee ling ucapkan ribuan terima kasih kepada abang. Hanya Allah tahu jasa abang pada Lee Ling. Lee Ling dah pilih nama Islam, Siti khadijah Lee bin Abdullah. Sedap tak. Lee ling abadikan nama abang dan ustazah dalam nama Lee Ling. Lee Ling akan ingat pada buat selamanya. Lee Ling harap ustazah begitu juga.”
“Sedap nama tu. Padan dengan Lee Ling. Tapi abang akan panggil Ija je. Kerana ia akan buat abang ingat pada kita bertiga.”
“Terima kasih abang. Kalau tak ada abang, siapalah yang dapat bimbing Ija nie, hehehehe... sedapkan bila disebut.”
“Em... yap. Ok Ija. Dah sampai masa abang makan ubat. Jangan lupa solat tau. Jadilah muslimah yang solehah. Hanya ini aje yang dapat abang bantu. Abang tak dapat bantu Ija buat selamanya. Pastikan rahsia abang simpan baik-baik. Assalamualikum... Siti Khadijah, adik angkatku tersayang.”
“Waalaikumsalam, jaga diri abang elok-elok. Makan ubat ikut masa. Ija doakan kesihatan dan kebahagian abang. Moga abang dan ustazah bahagia dalam percintaan. Abang jangan kecewakannya. Kalau boleh beritahu secepat mungkin.”
Itulah seorang insan yang sentiasa berada disampingku bila aku ditimpa kesusahan atau aku memerluka pertolongan. Segala apa yang aku lakukan pasti diketahuinya. Aku sering bercerita kepadanya. Yang menariknya dia memerlukan seseorang untuk membimbingnya kerana dia baru memeluk agama Islam. Aku dijadikannya abang angkat untuk membantunya. Kutahu dia pasti dapat menjadi muslimah yang taat pada agama. Aku sekadar memberi dorongan dan petunjuk sekadar yang boleh buat secebis masa yang ada padaku.
Aku belum beritahu Tinie tentang penyakitku ini. Akan tak sampai hati untuk memberitahunya. Aku takut untuk memberitahunya. Aku takut dia bersedih dan kecewa dengan merahsiakan selama ini. Aku akan simpan dari pengetahuannya. Biar masa yang menentukannya agar dia tahu dengan sendiri.
Hubungan cintaku dengan Tinie sudah semakin hampir sebulan. Ikatan percintaan kami semakin kukuh. Aku dan Tinie sudah tak dapat dipisahkan lagi walaupun sesaat. Aku memberi dengan setulus hati, semurni kasih sayang dan cintaku kepadanya. Ija rasa seronok bila melihat kami semakin intim. Seperti tak dapat dipisahkan lagi. Dalam diam dia berasa sedih, kerana dia tahu aku akan pergi tak lama lagi. Dan dia tahu aku sudah merancang sesuatu yang boleh membuat dua insan kecewa dan patah hati. Namun dia belum tahu bila aku melakukannya kerana dia melihat aku dan Tinie semakin bahagia bila bersama. Aku tak tahu aku perlu melakukannya kerna aku tak nak Tinie sedih dengan bila aku sudah tiada. 
Akhirnya, masa berlalu dengan pantas. Tak ku sangka sudah tiba dekat masa dan detik aku dan Tinie untuk berpisah. Sebulan hampir berlalu. Aku sering teringat perlakuan kami berdua bila tiada orang disisi. Kami sering berpelukan dan berciuman semasa menjalinkan percintaan dengannya. Kadang kala aku sering melampaui batas. Tapi Tinie merelakannya. Dia kata ini semua demi cinta sejati kami. Ini membuat aku tak sanggup untuk melepaskannya. Adakah aku boleh berpisah dengannya. Namun pada hakikatnya aku memang akan berpisah selamanya.
Satu hari sebelum kami berangkat pulang untuk ke semenanjung untuk bercuti, aku memberi beberapa keping warkah untuk tatapannya tanpa memberitahu tentang penyakitku. Dia membalas juga. Coretannya amat menyentuh hati dan perasaanku. Aku rasa sedih dan terharu. Air mata jernihku mengalir di pipi tanpa aku sedari. Namun diriku gembira bila terdapat ungkapan yang dia amat menyintaiku. Kutatapi coretannya berulang kali.

SECEBIS CORETAN KATA BUAT INSAN TERSAYANG:
Abang yang Tinie cintai, dari mula Tinie nak ungkapkan kisah cinta berdua “Insan yang Cintanya Terlarang”
01/05/2004 - Tinie rasa bahagia walaupun baru berkenalan dengan abang. “Hari Maulidur Rasul” memulakan kisah cinta kita berdua. Tinie mempunyai seseorang kekasih yang betul-betul mencintai Tinie. Tinie amat bahagia. Abang belanja Tinie “SugarBan.” Detik itu, abang dan Tinie berkenalan semakin rapat. Kita tidak hiraukan orang disekeliling lagi. 02/03/2004 - kita pi Kupang, rumah Ma. Bestkan saat tu! Tinie rasa abang diciptakan hanya untuk tinie, tapi bila tersedar dari mimpi kehadiran abang adalah untuk sementara.
Selama 4 hari, kita menyimpul kasih sayang sehinggakan Tinie rasa kita tak boleh berjauhan walaupun sesaat. Tinie sudah lupa status Tinie yang sebenarnya.
Hari demi hari kasih sayang yang dicurahkan, semakin menebal dihati kita. Tinie rasa tidak mahu berpisah dengan abang tapi hakikatnya kita diciptakan bukan untuk selamanya. Tinie hanya sekadar dipinggiran, hadir hanya sekali...entah 7 tahun lagi..10 tahun..20 tahun... tidak mungkin... ini semua suratan takdir untuk kita.
Walaupun hanya sebulan, memori manis yang diciptakan masih terpahat di hati Tinie. Tinie akan simpan kukuh dalam peti hati kunci hati Tinie tanpa pengetahuan sesiapa. Cinta, Rindu, Kasih Sayang yang abang berikan, Tinie amat hargainya walaupun seketika tetapi mengunung dihati Tinie. Tinie tahu keikhlasan dan ketulusan hati abang mencintai Tinie, dari sinar mata abang, Tinie dapat bacakan bahawa Tinie insan yang amat abang cintai.
Tapi semua itu hanya sebulan untuk Tinie tapi abang? Tinie doakan abang mencintai Tinie hingga hujung nyawa. Jika diizinkan Allah, Tinie ingin mencintai abang untuk selamanya tapi Tinie tak mahu menjadi isteri yang curang pada suami dan neraka diciptakan untuk Tinie. Tinie ingin bahagia sehingga ke taman syurga.
Abang sayang, segala kesalahan abang, makan minum abang Tinie dah maafkan dan halalkan. Tini tahu, cinta abang tak berlandaskan nafsu kerana abang ingin berkahwin dengan Tinie walaupun Tinie dah bertunang. Tinie dapat bezakan antara cinta suci dan cinta berlandaskan nafsu. Tinie akan menyayangi abang seperti dulu walaupun kita takkan bersama. Kerana dihati Tinie hanya abang yang mendiaminya selamanya. Tinie tidak boleh lupakan abang. Tinie akan rahsiakan dari bakal suami tinie nanti, tapi tidak pada abang.
Tinie bahagia mengenali abang walaupun hanya sebulan. Tinie rasa seolah Tinie telah lama mencintai abang serta mengenali abang. Seandainya kita boleh mengundur masa, abang adalah insan yang akan Tinie cintai sehidup semati. Segunung Kasih sayang, bermadu asmara dan menguntai kerinduan serta melakar secebis memori indah telah kita semai. Tinie akan ingat abang sampai bila-bila. Cinta abang pada Tinie yang membautkan Tinie sukar melupakan abang. Walau Tinie dah nak kahwin, tapi tetap tidak dapat melupakan abang. Tinie akan berdoa agar jodoh kita ada, hanya masa yang menentukan. Tinie harap abang setia menunggu Tinie. Buat insan tersayang
Hartini 

Alangkah terharu dan tersentuh hatiku bila aku menatapi coretannya itu. Namun aku tak berdaya berbuat apa-apa. Jodohku dengannya tiada bukan kerana dia dah bertunang, tetapi kerana penyakitku. Aku akan membuatnya membenciku. Walau aku dihina sekalipun, aku mahu dia hidup bahagia. Aku terpaksa melukakan hatinya, kuharap dengan perkahwinannya itu dan apa yang aku lakukan nanti, dia dapat melupakanku.
Aku bertekad untuk melaksanakan rancanganku untuk membuatkannya membenciku. Ku tahu tarikh perkahwinannya semakin dekat. Aku terpaksa meminta pertolongan seorang rakan wanitaku. Aku memintanya berlakon sebagai kekasihku bernama Farah. Aku memintanya menelefon Tinie. Akibatnya tercetus satu peristiwa yang melampaui dari rancanganku. Dia amat membenciku dan mempercayai yang cinta ku beri hanya pura-pura. Aku dikatakan mempermainkan dan menipunya selama ini. Walau ini semua dusta tapi aku mengiakannya kerana aku mahu lihat Tinie bahagia bersama insan yang bergelar suami disisinya. Aku tak mahu dia tahu kisah sebenar. Biar aku terima segala hina dan cacian. Yang pasti dirinya akan bahagia.
Ija merasa sedih dan terharu bila aku memberitahuinya. Dia meminta ku bersabar. Dia tak mahu kesihatan ku terjejas lebih teruk akibat perkara itu. Aku dapat terima semua itu kerna aku melakukannya kerna mahu lihat insan yang kusayang dan cintai bahagia. Aku baru diberitahu bahawa masa ku semakin singkat. Hanya waktu yang bakal tiba untuk maut menjemputku.
“Abang dah makan ubat belum”
“Dah Ija. Tapi kesihatan abang tak berapa baik. Abang asyik teringatkan Ustazah. Apa yang patut abang buat? Kalau dia kembali kepangkuan abang pun, tiada harapan untuk abang bersamanya lagi.”
“Bersabarlah abang. Jaga kesihatan abang dulu. Kan abang mahu lihat ustazah bahagia bersama suaminya. Kita tak dapat buat apa-apa. Ija harap abang menghabiskan sisa-sisa masa yang ada dengan keceraian walau tak seindah dulu. Yang pasti Ija akan sentiasa mengingati abang walau tak dapat bersama disisi abang dalam keadaan abang yang tak menentu. Doa, harapan, bimbingan dan bantuan abang dulu dalam mengajar dan mendidik Ija, buat Ija anggap abang macam abang kandung Ija sendiri. Maaf kerana tak dapat menjenguk abang di hospital kerana keadaan kita yang berjauhan. Yang pasti Ija akan sampai kesana untuk melihat keadaan minggu depan. Kalau boleh Ija akan sentiasa berada disisi abang. Dulu abang bantu Ija, tiba masanya Ija bantu abang pula. Walau dapat jaga abang seketika pun jadi le.”
“Tak payah susah-susah Ija, abang hargai apa yang Ija katakan itu. Abang tak minta jasa abang dibalas. Cukuplah dengan Ija patuh segala ajaran Islam. Abang mahu Ija mahu jalani kehidupan dengan sempurna. Taat perintah agama, bukan seperti abang....aduh”
“Kenapa abang?
“Tak ada apa-apa. Abang rasa sakit sikit. Maaf ya Ija, abang tak dapat bercakap dengan Ija lama ditelefon ini. Abang nak rehat. Kalau Ija dah sampai di semenanjung nie bagi tau abang, biar abang suruh keluarga abang pergi ambil. Ija boleh tidur dengan sepupu perempuan abang. Rumah kami dekat. Jaga diri dan tingkah laku Ija.”
“Baiklah abang. Rehatlah dulu. Makan ubat tau. Ija nak lihat abang bahagia dan gembira dengan keluarga. Ija tahu abang lebih pentingkan kebahagian keluarga dan kebahagian orang yang disayangi dari kebahagian diri sendiri. Dari Ija kenal abang dulu lagi Ija lihat sentiasa bahagia, walaupun dalam keadaan yang derita dalam diam”
Perjalanan hidupku belum berakhir, selagi ada yang masih memerlukanku akan pasti aku memberi apa yang termampu. Walau nyawa sebagai taruhan buat sekeping kebahagian pun tetap akan keserahkan. Perjalanan insan yang baru mengecapi pengertian Islam yang sebenar harus ku pimpin dan kusuluhi. Biar dirimu menjadi wanita solehah, biar dirimu menjadi muslimah berhemah, dan jadikan dirimu wanita yang tidak lemah dalam menghadapi hidup barumu. Perjalanan hidup insan yang pernah mendiami hati ini juga perlu di selesaikan. Biar dia tidak tahu penderitaanku, biar dihadapi kebahagian dalam kecerian. Sisa hidupku bukan buatnya, ku tak ingin merosakkan kebahagaiannya. Kebahagian yang dimilikinya, penawar bagi derita yang kualami. Hanya cinta dan kasih sayang ku perolehi darinya akan menjadi peneman hingga kehujung nyawaku.
Kuhabiskan sisa-sisa hidupku dengan memohon keampunan dan ketenangan dalam menjalani penghidupan yang semakin menghampiri penghujungnya. Dalam menempuh penderitaan yang perit ini, aku tetap mengenangkan insan yang dicintai, adik angkatku yang tersayang dan keluargaku yang diingati. Walau ada diantaranya berada disisiku tetapi tiada yang dapat memberi kebahagian yang dihajati. Kebahagian yang yang dikecapi bersama keluarga sudah cukup buatku dalam menjalani kehidupan yang semakin hampir penghujungnya. Ku ingin sebarkan bahawa aku insan yang bahagia.
Hampusan angin senja itu, mengheret lamunanku semakin jauh. Bahagia .... akulah hamba ALLAH yang paling bahagia di mata manusia. Namun pada hakikatnya akulah insan paling sengsara. Setiap saat dan waktu aku berusaha memujuk hati supaya berserah kepada ILAHI. Aku hanya ada masa 3 bulan lagi untuk meneruskan kehidupan. Akan aku tinggalkan seorang ibu yang pasti setiap saat aku rindui, akan aku tinggalkan seorang ayah yang dicintai, akan aku tinggalkan sahabat - sahabat yang sentiasa menemani diri ini, akan aku tinggalkan rakan-rakan guru yang senantiasa mengingati. Aku pasti kasih sayang dan ingatan mereka tidak bisa mengurangkan kesakitan yang aku alami. TAPI yang paling menyayatkan hatiku, aku akan meninggal insan yang kusayangi. Seperti yang ku pernah ungkapkan kepadanya, memang benar akan kubawa cinta suci dan sejati kami ini hingga hujung nyawa. Aku akan pergi selamanya dengan membawa cintanya bersama.
Kini sudah jelas dan nyata aku tidak lagi punyai kekuatan untuk menepis segalanya. Terbayang sekujur tubuh yang lesu, kaku dan dibaluti kain putih di perbaringan di suatu sudut rumah. Terlihat juga wajah ibu, ayah, kakak, abang, adik dan teman – teman. Sesekali sayup – sayup kedengaran suara kesedihan mengalunkan bacaan Yasin bertemankan airmata yang bercucuran. Tergambar keriuhan dalam kesayuan di suasana perkabungan. Hatiku bagai terhiris kerana yang lesu itu aku, yang kaku itu aku, yang terbaring dan berkafan itu aku... Sudah matikah..aku..? Ya ALLAH..., tiada apa yang harus mereka tangiskan ... kerana sepanjang kehidupan ini, aku tidak pernah membuat perkara yang membahagiakan mereka walaupun dipenghujung kehidupanku mereka membahagaikanku, namun ku tidak dapat memberi secubit kebahagian buat mereka. 
Tahap kesihatan seringkali membantutkan perjuanganku. Adakah aku insan yang dilahirkan hanya untuk diriku sendiri, tanpa sebarang bakti – bakti. Sebentar lagi aku akan diusung menuju ke perkampungan perkuburan. Aku tidak sedikitpun berasa gembira walaupun begitu ramai saudara yang mengusung jenazahku, lalu, sebentar lagi aku akan dimasukkan ke liang lahad dan mulai dari saat itu, hilanglah wajah ibu yang selalu duduk di birai katil sambil mengalunkan zikir buatku, lenyaplah wajah ayah yang sentiasa cemas tatkala aku lemah terbaring di katil tanpa berkata, sepilah wajah teman yang sentiasa membuat aku tertawa riang dan terlerai wajah insan tersayang yang kekal ditaman hati. Maka berakhirlah segalanya hari ini. Aku terlena di alam lain tanpa teman tanpa insan tersayang yang selalu disampingku. 
Pada ketika aku telah dikebumikan, terdengar bacaan talkin sebagai peringatan buat yang masih hidup.Walaupun ianya cuma khayalanku, tapi hakikatnya itulah yang bakal aku lalui sedikit masa lagi. Di sisa usia ini, aku ingin menjadi insan terbaik. Andai aku bisa merubah semua hingga tiada insan yang terluka, namun apalah dayaku. Mungkin kematian adalah jalan yang terbaik buat insan yang malang dan hina seperti aku daripada sentiasa berperang dan bergelutan dengan kesakitan tanpa pengetahuan sesiapa. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui daripada apa yang tidak kita ketahui. Aku berharap kematian dan pemergianku tidak mematikan keceriaan dan kebahagiaan kalian. Terimalah dengan hati yang redha. Sudah ditakdirkan aku pergi dulu. Kirimkan aku setangkai doa sebagai pengubat rindu. Kuntumkan senyuman buat peneman pemergianku. Ceriakan hidup kalian dengan seribu kebahagian. Sebelum aku menghembuskan nafas terakhir inilah “WARKAH KENANGAN TERAKHIR” dariku untuk tatapan insan yang aku cintai ......... .
Kehadapan Hartini ku sayang,
Buat insan yang dicintai dan disayangi selamanya. Maafkan diri ini kerana merahsiakan keadaan sebenar diri ini dari pengetahuan Tinie. Maaf kerana tidak memanggilmu sayang lagi kerana dirimu telah menjadi kepunyaan orang. Abang ingin lihat dirimu bahagia. Bukan dengan abang yang maut bakal menjelma bila-bila masa saja. Pinta abang, jangan kau tangisi pemergian diri ini, jadilah isteri yang solehah. Diri ini membawa pergi bersama cinta yang kita semai dulu buat selamanya ke alam yang kekal abadi. Maafkan segala perbuatan abang padamu. Iringilah pemergian abang dengan doamu dan kasih sayang sucimu. Jika abang sudah tiada lagi, tolong bimbing adik angkat abang, Siti Khadijah menjadi muslimah yang solehah. Ini permintaan abang yang terakhir. Dia akan memberi Tinie barang yang abang perlu beri padamu, kerana abang telah mewasiatkan sesuatu padanya untuk Tinie. Maafkan kesalahan abang kerana membuat dirimu membenci diri ini. Ketahuilah hanya dirimu sahaja yang mendiami hati ini hingga ke akhir hayat abang. Cintamu abang bawa hingga hujung nyawa abang. Selamat tinggal sayang, relakan pemergian abang ini. Tiada siapa dapat melawan ketentuan Ilahi, Tuhan Yang Maha Esa.