PeNgIkUt sEtIa sAyA

Monday 24 September 2012

MaNuSkRiP TerAkHiR


Kala senja itu, aku termenung sendirian mengenangkan nasib diri yang semakin jauh dari rahmat Tuhan. Segala dosa menerjah ruang fikiran. Namun, masih adakah ruang keampunan. Aku mengimbas segala kenangan bersama insan tersayang. Dari hari ke hari nikmat itu semakin berkurangan ku rasakan. 
Saat indah bersamanya, berombak kembali. Ku kenalinya semasa bertugas di Bumi Kenyalang. Belum lama tempoh aku bertugas di bumi bertuah itu, aku didatangi sekujur tubuh yang menarik perhatianku. Entah mengapa, sejak ku terpandang wajahnya, gelora hati ingin berkenalan dengannya semakin membara. Adakah aku telah jatuh cinta?
Indah nama bagai bunga seroja. Seayu wajahnya, begitu juga indah namanya. Hartini Mohd Desa, itulah sebaris nama yang kudengar dari merdu sebuah suara. Walau ia baru tiba dari semenanjung sepertiku, namun aku lebih awal darinya bertugas ditempat ini. Januari itu memautkan rasa hatiku untuk mengenalinya. Timbul seribunya persoalan dalam sanubariku. Adakah ia sudah berpunya? Adakah aku dapat mengenalinya? Adakah? Adakah? Seribu ungkapan berlegar di ruang fikiranku. Inginku kenali tetapi rasa malu menebal di sekeping hati.
Dari pandangan mata, tiada cacat celanya. Ku perhatikan tingkah lakunya, kuintai senyuman manis. Setiap kali ku melihat jelingan matanya, aku semakin tergoda. Setiap kali dia bersuara, pasti aku akan mencari dimana dia. Setiap pergerakan, setiap hembusan nafas, setiap keluhan, setiap perlakuannya aku ikuti. Kenapa aku jadi begini? Ya Allah apakah tanda aku meminati dan ingin menjalnkan hubungan dengan. 
Bulan berikutnya aku berusaha untuk mengenalinya. Bagai bulan jatuh keriba, aku ditugas untuk mengajar di sebelah petang juga untuk mengajar PJPK. Peluang untuk aku mengenalinya lebih rapat tiba akhirnya. Hari demi hari, masa demi masa aku semakin sering berjumpa dengannya. Ada harinya aku menegurnya bersama guru lain.
“Assalamaulaikum, ustazah”
“Waalaikumsalam, tak payah panggil ustazah le, buat malu je, panggil tinie je”
“soryy. Tinie dari kedah ye, awat tak bagi tau”
“Ye, mana Madi tau?”
“hehehehe... ada le”
“Ok. Tinie, saya ada kelas. Jumpa lagi”
“Ok, Madi. Jumpa lagi. Nice to meet you.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Itu langkah pertama aku hendak mengenalinya. Tapi aku masih segan untuk berbual dengannya. Dalam aku menumpukan perhatian mengajar di sebelah petang aku mengambil peluang ini untuk mengintainya dari jauh sama ada ke kelas untuk mengajar atau semasa dia berjalan pulang ke flat kediamannya. Pelajar-pelajar yang ku ajar sering bertanya apa yang aku lihat, bermacam-macam aku beri alasan kepada mereka. Tapi bagi mengelak dari mereka berkata macam-macam, aku sering belanja mereka gula-gula.
Ada kala semasa aku sering menegurnya di bilik guru. Tapi tidak sembang lama-lama. Hati ini ingin meluahkan perasaan kepadanya. Namun mulut dan lidahku kaku untuk berkata-kata. Setiap kali aku ingin berbicaranya, sering tidak terucap kata-kata yang ingin disampaikan. Inginku bisikan kata-kata yang lama terpendam dihati ini, namun kekakuan terjelma bila ia berada didepanku. Kupendamkan perasaan itu didalam hati ini, ingin ku mencari masa yang sesuai untukku madahkan kepadanya.
Ku sering bertanya khabarnya melalui sistem pesanan yang terdapat di sekolah aku dan dia mengajar. Adakalanya aku memberi gambaran yang aku menrinduinya. Adakah dia sedar apa yang aku lakukan itu semata-mata deminya.
“Awak buat apa hari nie, penat mengajar. Hehehe..... saya ganggu awak ke” Inilah antara pesanan yang ku untaikan buatnya. Setiap kali aku menghantar, dia sering membalasnya. Lama kelamaan kami semakin sering berbalas mesej. Tanpa pengetahuannya aku sudah mendapat maklumatnya. Aku bertekad untuk mengenalinya dengan lebih rapat. Aku sudah semakin suka kepadanya. Aku lebih terpikat padanya kerana perangainya lebih serupa dengan perangaiku. Yang lebih aku terpikat kami sering sefahaman dalam melakukan sesuatu. Tiada masalah kalau kami berbincang.
Suatu hari, di harijadinya aku menghantar ucapan melalui pesanan ringkas telefon (SMS). Aku mengucapkan selamat harijadi dan semoga dirinya dikurniakan rezeki dan umur yang panjang. Di terperanjat dengan mesejku itu, dia tidak tahu yang aku memiliki nombor telefonya dan mengetahui tentang peribadinya. Dia mengucap terima kasih kepadaku. Dia bertanya kepadaku kenapa aku amat baik kepadanya. Aku tersenyum sendirian bila dia bertanya begitu. Ingin saja aku meluahkan isi hatiku kepadanya.
Suatu hari aku mendapat tugas untuk menyediakan tanda nama untuk perbarisan Maulidur Rasul. Aku perlu pertolongan seseorang untuk menyelesaikan kerja ini. Aku menghantar mesej padanya untuk membantuku. Dia memberi persetujuan untuk membantuku. Tiba hari dan masanya yang dijanjikan kami bersama-sama membuat kerja tersebut. Hanya kami berdua. Ada masanya dia bercakap dengan ku. Setiap kata-katanya aku dengar teliti, tidak mahu aku melepaskan walau sebutir huruf. Adakalanya dia menggenakkanku, kami tertawa bersama. Aku terpesona dengan hilai ketawanya, ada sesuatu didalamnya memikat hatiku. Aku gembira bila bersamanya.
Hari demi hari, aku merindui untuk bersua dengannya sejak kami berdua bersama membuat kerja. Aku akhir memgambil keputusan untuk meluahkan isi hatiku kepadanya. Aku menyampaikannya melalu pesanan ringkas di telefonnya.
“Assalamualaikum tinie”
“Waalaikumsalam... ada apa awak hantar mesej malam-malam begini”
“Saya ada suatu hal nak tanya dan nak bagi tau kepada awak”
“hal apa? Penting ke?’
“Boleh saya tahu kenapa awak suka berkawan ngan saya dan apa perasaan awak pada saya? Saya nak beritahu awak, saya suka pada awak sejak awak mula datang ke sekolah ini. Awak telah menarik perhatian saya. Saya mula menaruh perasaan suka dan cinta pada awak. Tambah sejak saya tahu awak berperangai gila-gila seperti saya, saya lebih suka pada awak. Maaf kalau kata-kata saya ini mengejutkan awak dan juga maaf kerana mencari maklumat awak tanpa awak sedari”
“Tak, sebenarnya saya juga suka pada awak, awak seorang yang baik, seperti awak, saya juga ada perasaan sama seperti awak yang awak luahkan. Usaha awak mencari maklumat dan tekad awak untuk mengenali saya membuatkan saya suka pada awak. Tapi untuk pengetahuan awak saya dah bertunang, kenapa kita tak berkenalan sejak saya bertugas disini. Kalau tidak saya tak perlu, memendam perasaan seperti ini. Saya memang suka pada awak dan ingin bercinta serta mencurah kasih sayang saya pada awak. Tapi........”
“Tinie tak payah beritahu, saya tahu”
“Awak tak faham, sebenarnya saya lebih menyukai awak dari tunang saya. Jika saya tak bertunang dan tak akan berkahwin, awak pilihan utama hati saya. Saya benar-benar menyukai awak. Masa yang tak kena bila kita mula berkenalan. Kenapa kita tidak bertemu lebih awal?”
“Saya benar menyukai Tinie. Saya amat menyintai Tinie. Dalam diri saya hanya terukir nama dan wajah Tini saja. Harap Tinie dapat menerima cinta dan kasih sayang saya ini walau hanya sementara sahaja.”
“saya berharap kita dapat menghabiskan sisa-sisa yang tinggal untuk mencurah kasih sayang antara kita. Saya akan menjadi teman istimewa untuk awak selama sebulan.”
“Baiklah abang sayang, Tinie akan bersama abang setiap masa dan detik. Jika takdir dan jodoh ada, mungkin kita dapat bersama.”
“Baiklah ayang, sebenarnya cinta abang ini bukan sebulan ini sahaja, tapi cinta, kasih sayang, dan rindu ini adalah untuk ayang selamanya. Sehingga hujung nyawa abang. Mungkin tiada pengganti. Jika ditakdir kita berpisah, abang rela pergi dulu sebelum ayang.”
“Abang jangan cakap begitu, Tinie lebih rela mati dulu sebelum abang. Tinie tak sanggup kehilangan abang, walau pun seketika. Tinie ikhlas menyintai abang walau seketika.”
Sejak dari itu, kami sering berdua. Kemana sahaja kami pergi pasti seperti merpati dua sejoli. Walaupun ada mata memandang,kami tak ambil peduli tentang hal itu. Yang pasti hubungan antara kami semakin hari semakin mendalam. Semakin kasih sayang ku curahkan kepadanya membuatkan aku semakin cinta dan rindu kepadanya. Setiap kali bersua, pasti ada peristiwa manis berlaku antara kami berdua. Kami merahsiakannya dari orang ramai. Adakalanya kami seperti sepasang suami isterinya. Apabila aku bersamanya, diriku menjadi terlalu manja, sering aku merajuk kerana hanya mahu dia sering berada disisiku. 
Semakin masa berlalu, semakin aku merasa cintaku padanya makin kuat dan utuh. Walau seminit tak bersua dengannya, pasti aku akan menghantar mesej dan menelefonnya. Aku meluahkan rasa rinduku padanya, begitu juga dengan dirinya. Alangkah indahnya jika aku dapat mengenal lebih awal. 
“Assalamualaikum sayang. Selamat malam. Mimpikan Tinie. Moga happy selalu. Tinie doakan sayang rindukan Tinie sangat. Nanti asyik tersenyum aje. Muaaah....... sayang sangat kat abang.” SMS yang dihantar Tinie aku simpan selama-lamanya. Aku tahu aku menyintainya dan dia amat menyintaiku.
“Hai abang kenapa tersenyum manis seorang diri? Apa yang abang ingatkan tu?” Terungkai persoalan dari seorang lagi insan yang sentiasa berada dan berdampingan denganku. Adik angkatku, Lee Ling namanya. Dia banyak membantu semasa diriku mula datang kesini.
“Abang pernah bagi tau Lee Ling tentang seorang cikgu yang abang suka pada Lee 
Ling kan? Abang dan dia sedang bercinta dengannya walaupun dia tunangan orang.”
“Eh! Abang dah gila ke bercinta dengan tunangan orang. Abang ni betul ke tak? Sedar atau di alam fantasi. Kenapa abang jadi begini?”
“Abangkan mencintainya kerna di sefahaman dengan abang. Yang pasti perangai dia dan abang sama. Lee Ling taukan perangai abang gila-gila dan macam budak-budakkan? Macam tu le perangainya. Bertuah abang dapat memilikinya.”
“Terpulanglah pada abang, Lee Ling harap abang dapat tersenyum macam nie selalu. Tak seperti abang mula datang ke sini dulu. Sekarang Lee Ling dapat lihat abang banyak tersenyum. Semoga abang bahagia dengan Ustazah Hartini.”
“Insyaallah, Lee Ling. Abang harap dapat bersamanya walau ada sebarang rintangan. Tapi Lee Ling harus berjanji dengan abang, jangan beritahu pada sesiapa pun tentang hal ini. Dan rahsiakan tentang penyakit abang darinya. Hanya Lee Ling je yang tahu. Abang belum bersedia memberitahunya lagi. Abang nak dia bahagia bila berada bersamping abang, walau hanya sementara. Bukan sebulan seperti yang dinyatakannya, tapi selamanya. Namun maut telah menanti abang lebih awal. Lee Ling harus berjanji jangan bagi tau pada sesiapa pun. Macam mana dengan Lee Ling sejak peluk agama Islam nie? Apa nama baru Lee Ling dan perubahan dalam diri Lee Ling”
“Baiklah abang. Lee Ling janji. Lee Ling nak tengok abang bahagia sebelum abang pergi buat selamanya meninggalkan kami semua. Pasti ustazah akan terkejut nanti. Apa-apa pun Lee Ling akan berdoa agar umur abang akan dipanjangkan lagi. Abang telah banyak membantu dan beri bimbingan pada Lee Ling untuk menuju jalan yang betul dalam memeluk agama Islam ini. Baru Lee Ling fahami segalanya. Lee ling ucapkan ribuan terima kasih kepada abang. Hanya Allah tahu jasa abang pada Lee Ling. Lee Ling dah pilih nama Islam, Siti khadijah Lee bin Abdullah. Sedap tak. Lee ling abadikan nama abang dan ustazah dalam nama Lee Ling. Lee Ling akan ingat pada buat selamanya. Lee Ling harap ustazah begitu juga.”
“Sedap nama tu. Padan dengan Lee Ling. Tapi abang akan panggil Ija je. Kerana ia akan buat abang ingat pada kita bertiga.”
“Terima kasih abang. Kalau tak ada abang, siapalah yang dapat bimbing Ija nie, hehehehe... sedapkan bila disebut.”
“Em... yap. Ok Ija. Dah sampai masa abang makan ubat. Jangan lupa solat tau. Jadilah muslimah yang solehah. Hanya ini aje yang dapat abang bantu. Abang tak dapat bantu Ija buat selamanya. Pastikan rahsia abang simpan baik-baik. Assalamualikum... Siti Khadijah, adik angkatku tersayang.”
“Waalaikumsalam, jaga diri abang elok-elok. Makan ubat ikut masa. Ija doakan kesihatan dan kebahagian abang. Moga abang dan ustazah bahagia dalam percintaan. Abang jangan kecewakannya. Kalau boleh beritahu secepat mungkin.”
Itulah seorang insan yang sentiasa berada disampingku bila aku ditimpa kesusahan atau aku memerluka pertolongan. Segala apa yang aku lakukan pasti diketahuinya. Aku sering bercerita kepadanya. Yang menariknya dia memerlukan seseorang untuk membimbingnya kerana dia baru memeluk agama Islam. Aku dijadikannya abang angkat untuk membantunya. Kutahu dia pasti dapat menjadi muslimah yang taat pada agama. Aku sekadar memberi dorongan dan petunjuk sekadar yang boleh buat secebis masa yang ada padaku.
Aku belum beritahu Tinie tentang penyakitku ini. Akan tak sampai hati untuk memberitahunya. Aku takut untuk memberitahunya. Aku takut dia bersedih dan kecewa dengan merahsiakan selama ini. Aku akan simpan dari pengetahuannya. Biar masa yang menentukannya agar dia tahu dengan sendiri.
Hubungan cintaku dengan Tinie sudah semakin hampir sebulan. Ikatan percintaan kami semakin kukuh. Aku dan Tinie sudah tak dapat dipisahkan lagi walaupun sesaat. Aku memberi dengan setulus hati, semurni kasih sayang dan cintaku kepadanya. Ija rasa seronok bila melihat kami semakin intim. Seperti tak dapat dipisahkan lagi. Dalam diam dia berasa sedih, kerana dia tahu aku akan pergi tak lama lagi. Dan dia tahu aku sudah merancang sesuatu yang boleh membuat dua insan kecewa dan patah hati. Namun dia belum tahu bila aku melakukannya kerana dia melihat aku dan Tinie semakin bahagia bila bersama. Aku tak tahu aku perlu melakukannya kerna aku tak nak Tinie sedih dengan bila aku sudah tiada. 
Akhirnya, masa berlalu dengan pantas. Tak ku sangka sudah tiba dekat masa dan detik aku dan Tinie untuk berpisah. Sebulan hampir berlalu. Aku sering teringat perlakuan kami berdua bila tiada orang disisi. Kami sering berpelukan dan berciuman semasa menjalinkan percintaan dengannya. Kadang kala aku sering melampaui batas. Tapi Tinie merelakannya. Dia kata ini semua demi cinta sejati kami. Ini membuat aku tak sanggup untuk melepaskannya. Adakah aku boleh berpisah dengannya. Namun pada hakikatnya aku memang akan berpisah selamanya.
Satu hari sebelum kami berangkat pulang untuk ke semenanjung untuk bercuti, aku memberi beberapa keping warkah untuk tatapannya tanpa memberitahu tentang penyakitku. Dia membalas juga. Coretannya amat menyentuh hati dan perasaanku. Aku rasa sedih dan terharu. Air mata jernihku mengalir di pipi tanpa aku sedari. Namun diriku gembira bila terdapat ungkapan yang dia amat menyintaiku. Kutatapi coretannya berulang kali.

SECEBIS CORETAN KATA BUAT INSAN TERSAYANG:
Abang yang Tinie cintai, dari mula Tinie nak ungkapkan kisah cinta berdua “Insan yang Cintanya Terlarang”
01/05/2004 - Tinie rasa bahagia walaupun baru berkenalan dengan abang. “Hari Maulidur Rasul” memulakan kisah cinta kita berdua. Tinie mempunyai seseorang kekasih yang betul-betul mencintai Tinie. Tinie amat bahagia. Abang belanja Tinie “SugarBan.” Detik itu, abang dan Tinie berkenalan semakin rapat. Kita tidak hiraukan orang disekeliling lagi. 02/03/2004 - kita pi Kupang, rumah Ma. Bestkan saat tu! Tinie rasa abang diciptakan hanya untuk tinie, tapi bila tersedar dari mimpi kehadiran abang adalah untuk sementara.
Selama 4 hari, kita menyimpul kasih sayang sehinggakan Tinie rasa kita tak boleh berjauhan walaupun sesaat. Tinie sudah lupa status Tinie yang sebenarnya.
Hari demi hari kasih sayang yang dicurahkan, semakin menebal dihati kita. Tinie rasa tidak mahu berpisah dengan abang tapi hakikatnya kita diciptakan bukan untuk selamanya. Tinie hanya sekadar dipinggiran, hadir hanya sekali...entah 7 tahun lagi..10 tahun..20 tahun... tidak mungkin... ini semua suratan takdir untuk kita.
Walaupun hanya sebulan, memori manis yang diciptakan masih terpahat di hati Tinie. Tinie akan simpan kukuh dalam peti hati kunci hati Tinie tanpa pengetahuan sesiapa. Cinta, Rindu, Kasih Sayang yang abang berikan, Tinie amat hargainya walaupun seketika tetapi mengunung dihati Tinie. Tinie tahu keikhlasan dan ketulusan hati abang mencintai Tinie, dari sinar mata abang, Tinie dapat bacakan bahawa Tinie insan yang amat abang cintai.
Tapi semua itu hanya sebulan untuk Tinie tapi abang? Tinie doakan abang mencintai Tinie hingga hujung nyawa. Jika diizinkan Allah, Tinie ingin mencintai abang untuk selamanya tapi Tinie tak mahu menjadi isteri yang curang pada suami dan neraka diciptakan untuk Tinie. Tinie ingin bahagia sehingga ke taman syurga.
Abang sayang, segala kesalahan abang, makan minum abang Tinie dah maafkan dan halalkan. Tini tahu, cinta abang tak berlandaskan nafsu kerana abang ingin berkahwin dengan Tinie walaupun Tinie dah bertunang. Tinie dapat bezakan antara cinta suci dan cinta berlandaskan nafsu. Tinie akan menyayangi abang seperti dulu walaupun kita takkan bersama. Kerana dihati Tinie hanya abang yang mendiaminya selamanya. Tinie tidak boleh lupakan abang. Tinie akan rahsiakan dari bakal suami tinie nanti, tapi tidak pada abang.
Tinie bahagia mengenali abang walaupun hanya sebulan. Tinie rasa seolah Tinie telah lama mencintai abang serta mengenali abang. Seandainya kita boleh mengundur masa, abang adalah insan yang akan Tinie cintai sehidup semati. Segunung Kasih sayang, bermadu asmara dan menguntai kerinduan serta melakar secebis memori indah telah kita semai. Tinie akan ingat abang sampai bila-bila. Cinta abang pada Tinie yang membautkan Tinie sukar melupakan abang. Walau Tinie dah nak kahwin, tapi tetap tidak dapat melupakan abang. Tinie akan berdoa agar jodoh kita ada, hanya masa yang menentukan. Tinie harap abang setia menunggu Tinie. Buat insan tersayang
Hartini 

Alangkah terharu dan tersentuh hatiku bila aku menatapi coretannya itu. Namun aku tak berdaya berbuat apa-apa. Jodohku dengannya tiada bukan kerana dia dah bertunang, tetapi kerana penyakitku. Aku akan membuatnya membenciku. Walau aku dihina sekalipun, aku mahu dia hidup bahagia. Aku terpaksa melukakan hatinya, kuharap dengan perkahwinannya itu dan apa yang aku lakukan nanti, dia dapat melupakanku.
Aku bertekad untuk melaksanakan rancanganku untuk membuatkannya membenciku. Ku tahu tarikh perkahwinannya semakin dekat. Aku terpaksa meminta pertolongan seorang rakan wanitaku. Aku memintanya berlakon sebagai kekasihku bernama Farah. Aku memintanya menelefon Tinie. Akibatnya tercetus satu peristiwa yang melampaui dari rancanganku. Dia amat membenciku dan mempercayai yang cinta ku beri hanya pura-pura. Aku dikatakan mempermainkan dan menipunya selama ini. Walau ini semua dusta tapi aku mengiakannya kerana aku mahu lihat Tinie bahagia bersama insan yang bergelar suami disisinya. Aku tak mahu dia tahu kisah sebenar. Biar aku terima segala hina dan cacian. Yang pasti dirinya akan bahagia.
Ija merasa sedih dan terharu bila aku memberitahuinya. Dia meminta ku bersabar. Dia tak mahu kesihatan ku terjejas lebih teruk akibat perkara itu. Aku dapat terima semua itu kerna aku melakukannya kerna mahu lihat insan yang kusayang dan cintai bahagia. Aku baru diberitahu bahawa masa ku semakin singkat. Hanya waktu yang bakal tiba untuk maut menjemputku.
“Abang dah makan ubat belum”
“Dah Ija. Tapi kesihatan abang tak berapa baik. Abang asyik teringatkan Ustazah. Apa yang patut abang buat? Kalau dia kembali kepangkuan abang pun, tiada harapan untuk abang bersamanya lagi.”
“Bersabarlah abang. Jaga kesihatan abang dulu. Kan abang mahu lihat ustazah bahagia bersama suaminya. Kita tak dapat buat apa-apa. Ija harap abang menghabiskan sisa-sisa masa yang ada dengan keceraian walau tak seindah dulu. Yang pasti Ija akan sentiasa mengingati abang walau tak dapat bersama disisi abang dalam keadaan abang yang tak menentu. Doa, harapan, bimbingan dan bantuan abang dulu dalam mengajar dan mendidik Ija, buat Ija anggap abang macam abang kandung Ija sendiri. Maaf kerana tak dapat menjenguk abang di hospital kerana keadaan kita yang berjauhan. Yang pasti Ija akan sampai kesana untuk melihat keadaan minggu depan. Kalau boleh Ija akan sentiasa berada disisi abang. Dulu abang bantu Ija, tiba masanya Ija bantu abang pula. Walau dapat jaga abang seketika pun jadi le.”
“Tak payah susah-susah Ija, abang hargai apa yang Ija katakan itu. Abang tak minta jasa abang dibalas. Cukuplah dengan Ija patuh segala ajaran Islam. Abang mahu Ija mahu jalani kehidupan dengan sempurna. Taat perintah agama, bukan seperti abang....aduh”
“Kenapa abang?
“Tak ada apa-apa. Abang rasa sakit sikit. Maaf ya Ija, abang tak dapat bercakap dengan Ija lama ditelefon ini. Abang nak rehat. Kalau Ija dah sampai di semenanjung nie bagi tau abang, biar abang suruh keluarga abang pergi ambil. Ija boleh tidur dengan sepupu perempuan abang. Rumah kami dekat. Jaga diri dan tingkah laku Ija.”
“Baiklah abang. Rehatlah dulu. Makan ubat tau. Ija nak lihat abang bahagia dan gembira dengan keluarga. Ija tahu abang lebih pentingkan kebahagian keluarga dan kebahagian orang yang disayangi dari kebahagian diri sendiri. Dari Ija kenal abang dulu lagi Ija lihat sentiasa bahagia, walaupun dalam keadaan yang derita dalam diam”
Perjalanan hidupku belum berakhir, selagi ada yang masih memerlukanku akan pasti aku memberi apa yang termampu. Walau nyawa sebagai taruhan buat sekeping kebahagian pun tetap akan keserahkan. Perjalanan insan yang baru mengecapi pengertian Islam yang sebenar harus ku pimpin dan kusuluhi. Biar dirimu menjadi wanita solehah, biar dirimu menjadi muslimah berhemah, dan jadikan dirimu wanita yang tidak lemah dalam menghadapi hidup barumu. Perjalanan hidup insan yang pernah mendiami hati ini juga perlu di selesaikan. Biar dia tidak tahu penderitaanku, biar dihadapi kebahagian dalam kecerian. Sisa hidupku bukan buatnya, ku tak ingin merosakkan kebahagaiannya. Kebahagian yang dimilikinya, penawar bagi derita yang kualami. Hanya cinta dan kasih sayang ku perolehi darinya akan menjadi peneman hingga kehujung nyawaku.
Kuhabiskan sisa-sisa hidupku dengan memohon keampunan dan ketenangan dalam menjalani penghidupan yang semakin menghampiri penghujungnya. Dalam menempuh penderitaan yang perit ini, aku tetap mengenangkan insan yang dicintai, adik angkatku yang tersayang dan keluargaku yang diingati. Walau ada diantaranya berada disisiku tetapi tiada yang dapat memberi kebahagian yang dihajati. Kebahagian yang yang dikecapi bersama keluarga sudah cukup buatku dalam menjalani kehidupan yang semakin hampir penghujungnya. Ku ingin sebarkan bahawa aku insan yang bahagia.
Hampusan angin senja itu, mengheret lamunanku semakin jauh. Bahagia .... akulah hamba ALLAH yang paling bahagia di mata manusia. Namun pada hakikatnya akulah insan paling sengsara. Setiap saat dan waktu aku berusaha memujuk hati supaya berserah kepada ILAHI. Aku hanya ada masa 3 bulan lagi untuk meneruskan kehidupan. Akan aku tinggalkan seorang ibu yang pasti setiap saat aku rindui, akan aku tinggalkan seorang ayah yang dicintai, akan aku tinggalkan sahabat - sahabat yang sentiasa menemani diri ini, akan aku tinggalkan rakan-rakan guru yang senantiasa mengingati. Aku pasti kasih sayang dan ingatan mereka tidak bisa mengurangkan kesakitan yang aku alami. TAPI yang paling menyayatkan hatiku, aku akan meninggal insan yang kusayangi. Seperti yang ku pernah ungkapkan kepadanya, memang benar akan kubawa cinta suci dan sejati kami ini hingga hujung nyawa. Aku akan pergi selamanya dengan membawa cintanya bersama.
Kini sudah jelas dan nyata aku tidak lagi punyai kekuatan untuk menepis segalanya. Terbayang sekujur tubuh yang lesu, kaku dan dibaluti kain putih di perbaringan di suatu sudut rumah. Terlihat juga wajah ibu, ayah, kakak, abang, adik dan teman – teman. Sesekali sayup – sayup kedengaran suara kesedihan mengalunkan bacaan Yasin bertemankan airmata yang bercucuran. Tergambar keriuhan dalam kesayuan di suasana perkabungan. Hatiku bagai terhiris kerana yang lesu itu aku, yang kaku itu aku, yang terbaring dan berkafan itu aku... Sudah matikah..aku..? Ya ALLAH..., tiada apa yang harus mereka tangiskan ... kerana sepanjang kehidupan ini, aku tidak pernah membuat perkara yang membahagiakan mereka walaupun dipenghujung kehidupanku mereka membahagaikanku, namun ku tidak dapat memberi secubit kebahagian buat mereka. 
Tahap kesihatan seringkali membantutkan perjuanganku. Adakah aku insan yang dilahirkan hanya untuk diriku sendiri, tanpa sebarang bakti – bakti. Sebentar lagi aku akan diusung menuju ke perkampungan perkuburan. Aku tidak sedikitpun berasa gembira walaupun begitu ramai saudara yang mengusung jenazahku, lalu, sebentar lagi aku akan dimasukkan ke liang lahad dan mulai dari saat itu, hilanglah wajah ibu yang selalu duduk di birai katil sambil mengalunkan zikir buatku, lenyaplah wajah ayah yang sentiasa cemas tatkala aku lemah terbaring di katil tanpa berkata, sepilah wajah teman yang sentiasa membuat aku tertawa riang dan terlerai wajah insan tersayang yang kekal ditaman hati. Maka berakhirlah segalanya hari ini. Aku terlena di alam lain tanpa teman tanpa insan tersayang yang selalu disampingku. 
Pada ketika aku telah dikebumikan, terdengar bacaan talkin sebagai peringatan buat yang masih hidup.Walaupun ianya cuma khayalanku, tapi hakikatnya itulah yang bakal aku lalui sedikit masa lagi. Di sisa usia ini, aku ingin menjadi insan terbaik. Andai aku bisa merubah semua hingga tiada insan yang terluka, namun apalah dayaku. Mungkin kematian adalah jalan yang terbaik buat insan yang malang dan hina seperti aku daripada sentiasa berperang dan bergelutan dengan kesakitan tanpa pengetahuan sesiapa. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui daripada apa yang tidak kita ketahui. Aku berharap kematian dan pemergianku tidak mematikan keceriaan dan kebahagiaan kalian. Terimalah dengan hati yang redha. Sudah ditakdirkan aku pergi dulu. Kirimkan aku setangkai doa sebagai pengubat rindu. Kuntumkan senyuman buat peneman pemergianku. Ceriakan hidup kalian dengan seribu kebahagian. Sebelum aku menghembuskan nafas terakhir inilah “WARKAH KENANGAN TERAKHIR” dariku untuk tatapan insan yang aku cintai ......... .
Kehadapan Hartini ku sayang,
Buat insan yang dicintai dan disayangi selamanya. Maafkan diri ini kerana merahsiakan keadaan sebenar diri ini dari pengetahuan Tinie. Maaf kerana tidak memanggilmu sayang lagi kerana dirimu telah menjadi kepunyaan orang. Abang ingin lihat dirimu bahagia. Bukan dengan abang yang maut bakal menjelma bila-bila masa saja. Pinta abang, jangan kau tangisi pemergian diri ini, jadilah isteri yang solehah. Diri ini membawa pergi bersama cinta yang kita semai dulu buat selamanya ke alam yang kekal abadi. Maafkan segala perbuatan abang padamu. Iringilah pemergian abang dengan doamu dan kasih sayang sucimu. Jika abang sudah tiada lagi, tolong bimbing adik angkat abang, Siti Khadijah menjadi muslimah yang solehah. Ini permintaan abang yang terakhir. Dia akan memberi Tinie barang yang abang perlu beri padamu, kerana abang telah mewasiatkan sesuatu padanya untuk Tinie. Maafkan kesalahan abang kerana membuat dirimu membenci diri ini. Ketahuilah hanya dirimu sahaja yang mendiami hati ini hingga ke akhir hayat abang. Cintamu abang bawa hingga hujung nyawa abang. Selamat tinggal sayang, relakan pemergian abang ini. Tiada siapa dapat melawan ketentuan Ilahi, Tuhan Yang Maha Esa.

No comments: