PeNgIkUt sEtIa sAyA

Tuesday 25 March 2014

Sebuah Kisah : Perempuan itu ..


Pertama kali aku lihat dia ..
terdetik di hati aku * siapa dia ?? *

Aku tak pernah kenal dia dan sekali pun tidak pernah bercakap dengan dia ..
Tatkala mata memandang wajah sepinya ..
Aku kadang terfikir ..
masih adakah lagi perempuan sepertinya yang tidak pernah bercinta ..
Hanya tahu berkawan dengan semua orang dan tidak mempunyai masalah
dalam percintaan ..

Keletahnya menarik perhatianku ..
Walaupun kelihatan kasar diluar , tetapi aku yakin terdapat satu hati yang 
amat lembut ..
Aku mulai tertarik dengan keletahnya , bual bicaranya , sikapnya ..
Semua itu telah berjaya membuka hati aku ..


Walaupun dia tidak seperti perempuan lain yang pandai bermake-up ,
berhias dan menggayakan sesuatu fashion yang baru , tetapi semua yang ada 
padanya asli dan tidak tercampur bahan kosmetik dan perhiasan duniawi 
yang sementara ini .,,
Dia hanya sekadar menggayakan sesuatu yang lapuk tetapi hatinya bersih ..
Bersih dari sikap perempuan yang gedik , yang seperti akhir zaman ini ..

Tetapi , siapalah aku untuk menilai semua perempuan sebegitu..
Mungkin tinggal segelintir sahaja perempuan yang hidupnya begitu ..

Tidak pernnah melalui alam percintaan dan tidak kisah pada semua itu ..
Baginya , semua itu akan datang bila sampai waktunya ..

..:: Kecantikan pada rupa hanya seketika , tetapi kecantikan pada hati selamanya ::..

P/S : Aku nak tau pasal dia lebih banyak lagi .. ^^