PeNgIkUt sEtIa sAyA

Thursday 19 December 2013

Sahabat Selamanya


Sahabat .. 

Hari demi hari , bulan berganti tahun , 
kita sudah menciptakan banyak momento - momento yang akan
menjadi keringat tatkala diwaktu akkita bersendirian nanti .. 

Masing - masing menuju haluan sendiri yang akan 
menentukan masa depan kita nanti . 
Waktu itu kita akn berpisah dan entah bila kita akan dapat bersama , bergelak ketawa ,
bergurau senda , dan berbual kosong seperti kita masih di alam persekolahan .

Setiap suka duka kita kongsi bersama  .. 
tangisan diharungi bersama .. 

Sekarang nie masing - masing sudah besar dan ada
tuju masing - masing .. 
harap-harap kita tak lupa antara satu sama lain .

 

Wednesday 27 November 2013

Sebuah Kisah : La Tahzan


Setelah sekian lama tidak bersamanya , aku mula merasakan hidup aku ini sudah kosong ..
Aku mula rasa keseorangan .
Mungkin kerana aku tidak pernah rasa perasaan bercinta dan gagal dalam percintaan .
Aku mula menyedari dia tidak lagi inginkan aku dari hidupnya ..
Tetapi untuk kesekian kalinya dia menafikan semua itu tetapi dalam hatinya dia mengiakan semua itu ..

Arghh !!
Aku merasakan hidup aku tidak lagi dipenuhi dengan suasana keriangan seperti dahulu kala ..
Aku lebih suka menyendiri dan mencari jalan yang tak pasti ..
Walaupun sahabat-sahabatku selalu disisi tetapi tidak mungkin dapat menggantikannya yang
pernah bersarang di hati ..

Setelah beberapa bulan berlalu ....
Aku mula sedar yang cinta tidak seharusnya memiliki ..
Aku juga mula memahami semua cinta itu bukan milikku ..
Mungkin ada orang yang lebih layak untukku ..
Dan mungkin dia bahagia dengan lelaki pilihan dia dan jalan yang telah dipilihnya ..
Walaupun aku kecewa dengan sikapnya namun aku ikhlaskan pemergiannya ..
Aku cuba hilangkan rasa sedih dengan berpegang kepada janji Allah bahawa
"perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya " ..
Mungkin aku tidak cukup baik untuk dia ..
Jodoh juga pasti ada walau di mana kita berada kerana Allah sudah tetapkan jodoh kita .

Akhirnya aku berjaya keluar dari kelompok percintaan yang sementara itu ..
Terima kasih para Sahabat kerana tidak jemu melontarkan kata semangat
untuk aku terus berdiri dan move on kepada takdir hidupku ..
Aku redha dan pasrah atas takdir yang ditetapkan-Nya ..

Aku akan terus berlari diatas dunia ini mencari keredhaan illahi ..
Berubah menjadi yang lebih baik dan smelupakan kisah silam aku ..
Aku juga akn menunggu kehadiran Tulang rusukku yang telah lama hilang
untuk kembali ke pangkuanku ..

..:: La Tahzan Innalaha Ma'ana ::..

Wednesday 2 January 2013

sEoRaNg pEnGeCuT


Aku memang seorang pengecut . Aku tak berani nak menyatakan yang aku betul - betul sayangkan dia . 

Aku nak jadikan dia yang halal untuk aku .. Tapi aku sedar , dia takkan pilih lelaki macam aku . Kerana dia , 
aku semakin mendekatkan diri dengan Allah. Setiap malam aku melakukan solat Istikharah dan 
tak pernah putus berdoa agar dia berbahagia dengan lelaki yg dia cintai . 
Takpalah . Biarlah Allah menentukan jodohku. Kerana dia tahu apa yg terbaik untuk hambanya . 
Tapi , aku takkan pernah berhenti berdoa untuknya . Biarkan cinta ini terus kekal berada dalam hati aku walaupun dia tidak mengetahuinya . Mungkin ini memang dah menjadi takdir dalam hidup aku mengagumi tanpa dicintai :')

#Waktu yang sudah berlalu tak akan berulang kembali. . .