PeNgIkUt sEtIa sAyA

Wednesday 27 November 2013

Sebuah Kisah : La Tahzan


Setelah sekian lama tidak bersamanya , aku mula merasakan hidup aku ini sudah kosong ..
Aku mula rasa keseorangan .
Mungkin kerana aku tidak pernah rasa perasaan bercinta dan gagal dalam percintaan .
Aku mula menyedari dia tidak lagi inginkan aku dari hidupnya ..
Tetapi untuk kesekian kalinya dia menafikan semua itu tetapi dalam hatinya dia mengiakan semua itu ..

Arghh !!
Aku merasakan hidup aku tidak lagi dipenuhi dengan suasana keriangan seperti dahulu kala ..
Aku lebih suka menyendiri dan mencari jalan yang tak pasti ..
Walaupun sahabat-sahabatku selalu disisi tetapi tidak mungkin dapat menggantikannya yang
pernah bersarang di hati ..

Setelah beberapa bulan berlalu ....
Aku mula sedar yang cinta tidak seharusnya memiliki ..
Aku juga mula memahami semua cinta itu bukan milikku ..
Mungkin ada orang yang lebih layak untukku ..
Dan mungkin dia bahagia dengan lelaki pilihan dia dan jalan yang telah dipilihnya ..
Walaupun aku kecewa dengan sikapnya namun aku ikhlaskan pemergiannya ..
Aku cuba hilangkan rasa sedih dengan berpegang kepada janji Allah bahawa
"perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya " ..
Mungkin aku tidak cukup baik untuk dia ..
Jodoh juga pasti ada walau di mana kita berada kerana Allah sudah tetapkan jodoh kita .

Akhirnya aku berjaya keluar dari kelompok percintaan yang sementara itu ..
Terima kasih para Sahabat kerana tidak jemu melontarkan kata semangat
untuk aku terus berdiri dan move on kepada takdir hidupku ..
Aku redha dan pasrah atas takdir yang ditetapkan-Nya ..

Aku akan terus berlari diatas dunia ini mencari keredhaan illahi ..
Berubah menjadi yang lebih baik dan smelupakan kisah silam aku ..
Aku juga akn menunggu kehadiran Tulang rusukku yang telah lama hilang
untuk kembali ke pangkuanku ..

..:: La Tahzan Innalaha Ma'ana ::..

4 comments:

SomeOne_NormaL said...

sokay my fwenz .. :P hehehe

Encik Twinkle said...

apa tue ?

SomeOne_NormaL said...

ceeeh ... suka bt xpham -_-

Encik Twinkle said...

betul laa