PeNgIkUt sEtIa sAyA

Friday, 16 September 2011

Haikal & Nur (Siri 1)















































"Awak.. Kita putus.. "

Satu ungkapan yang amat pedih bagi setiap pasangan yang mendengarnya.. Tambah tambah lagi bila usia perhubungan itu masuk ke fasa bertahun tahun lamanya.. Begitu la jugak Sarah, bingit telinganya mendengar ungkapan dari Haikal.. 


"Awak.. Maafkan saya.."

Haikal berulang ulang kali mengucapkan kata kata lembut berbaur kemaafan.. Tapi itu semua bagaikan panah yang membakar setiap alur darah ke hati Sarah..


" Awak buang saya !! Awak buat saya macam sampah.. " 


Haikal hanya terdiam bila Sarah menuturkan ayat tersebut , tanpa membalas, tanpa membantah.. Dia seakan mengiyakan setiap kata kata Sarah, insan yang sangat dicintainya..


"Awak... "


Hanya itu yang mampu dibalas oleh Haikal.. Lalu Sarah mematikan telefon bimbitnya, dan sepi menyelubungi setiap nadi Haikal. Haikal terduduk dan sesekali dia senyum.. 

Senyuman yang beriringan air mata.. Titis air mata Haikal makin deras mengalir, tatkala dia mengingati setiap kenangan Sarah, senyumannya, manjanya dan juga segala galanya.. 

Tapi, kalau lah Sarah mengetahui apa yang dibuatnya itu.. Kalaulah Sarah tahu setiap isi hati Haikal.. 


" Along.. Along.. Mak panggil makan nasi.. "


Panggilan Min membuatkan Haikal tersentak dan tersedar dari dunia nya yang tadi dan terus keluar dari bilik menuju ke dapur.. 

Setibanya di dapur, hatinya sayu bila melihat susuk tubuh wanita berusia 60 an yang membongkok bongkok menceduk nasi kedalam pinggan.. 


" Mak.. Along nak sikit ja nasi boleh? " .. Tutur Haikal lembut sambil memegang erat bahu ibunya itu.. 


"Ala Long, hang makan la banyak sikit.. Mak masak Ayam kurma nih.. Kuah banjir nah".. Kata ibunya sambil menuangkan kuah kedalam pinggan nasi Haikal. Banjir, itu la kegemaran anaknya sejak kecil.. 


"Ermm. Boleh la mak.. Hehe.. Ayam nak lebih boleh ? " .. Haikal cuba membodek ibunya dengan kata kata manis.. Selalunya, skill sebegini berhasil.. 


" Ambik la 3 ketoi Long.. Banyak lagi dalam kuali tu.. " Balas ibunya sambil tersenyum.. 


Lalu, Haikal pun menarik kerusi , duduk, dan mula membaca doa makan... Adik dan ibunya turut mengaminkan doa dari Haikal.. Begitula rutin harian mereka 3 beranak setelah "kepala" keluarga mereka pergi mengadap Illahi lima tahun lepas.. 


Tiba tiba... 



************************

Bersambung ...






No comments: