PeNgIkUt sEtIa sAyA

Saturday, 17 September 2011







































Tiba tiba.. Haikal menjadi sedih.. Sedih akibat terkenangkan insan yang pernah dicintainya sepenuh hati , Sarah.. Terimbau imbau bagaimana dia berkenalan dengan Sarah sewaktu di Tingkatan lima. Ketika  itu, Haikal hanyalah seorang insan yang sangat naif..  Haikal sangat naif, hinggakan digelar oleh rakan rakannya budak lembab. Sarah lah yang berjaya mengubah diri nya hampir 80% menjadi insan yang agak berjaya seperti sekarang.. Insan yang mengenali erti dunia.. 


“Long, hang dok termenung pasai pa nih?” Ibunya mula bersuara..


“ Eh mak, takdak pa eh.. Dok fikir nak cari kerja kat na satgi ..” .. Haikal menyembunyikan perasaan dan imbauannya tadi..


“Takkan la dok menung menung sampai nasi naik ataih hidung hang tu? Makan pakai hidung ka? “  Ibu nya tergelak kecil dek kerana ada beberapa butir nasi yang datang dari mana melekat di hidung satu satunya anak lelaki tunggal nya itu..


“ Mak nih, tak perasan laaa.. Hidung ni yang dok kelapaq ni , bukan perut along.. Hehe.” Jawab Haikal bagi memecahkan kesunyian di meja makan..

Seraya itu, mereka bertiga tertawa seirama .. Selepas itu,  mereka pun meneruskan la menikmati makanan tengah hari yang sederhana tu dengan penuh keceriaan ..


**********

Tengah hari itu, Haikal melayari akaun Facebook miliknya.. Dan perasaan hiba terus menerjah ke sanubari beliau, tatkala status dia dan Sarah kini masing masing dah menjadi single kembali. Tapi, Haikal akur dengan semua itu kerana hanya dia dan Allah saja yang mengetahui kenapa  ini semua berlaku..

Sedang khusyuk Haikal melayari Facebook , blog dan YM nya, dia di sapa oleh adik perempuannya, Min.


“Long, kata nak pi cari kerja tadi, nih hah mak bagi duit RM10 suruh long bubuh minyak kereta sekali nah.”
Sambil tangan Min menghulurkan not kertas berwarna merah..


“Satgi la Min, habaq kat mak lepas zuhur satgi la along pi.. Along isi sekali minyak nanti... “ 
Jelas Haikal yang tersengih sengih dek membaca blog kegemarannya iaitu Sengal Zone sambil tangannya menyambut not merah tu.

Min pun berlalu pergi dari bilik alongnya dan menuju ke ruang tamu.. Disitu dia disoal siasat oleh maknya..


“ Min, awat abang hang tu mak dok perati  tengok macam sedih ja. ?"
Tanya si ibu pada seorang anak kecil berusia sembilan tahun.. 


“ Hmm. Min pon tatau la mak.. Along memang nampak macam sedih ja sejak dua tiga hari ni.. Min ajak dia main power rangers pon dia takmau.. Dok terperap ja kat bilik.. Along nak bertukaq jadi raksasa kot mak ! “ 
Jawab Min dengan mengayakan reaksi seekor raksasa..


Ibunya tersengih melihat karenah anak perempuannya itu.  Sejak Arwah suaminya pergi, Haikal lah tempat Min bermanja. Bagi Min, Haikal umpama ayahnya.. Dengan Haikal lah Min bermain, bergaduh, bermanja, bergolek dan jugak menangis.


“Along, Along, kalaulah abah hang ada lagi.. “ 
Ibunya mengomel sendiri sambil mata nya seakan akan menakung sesuatu...



Bersambung..

**********

No comments: